Wednesday, May 2, 2012

Bilik Darjah Maya


Apakah Pembelajaran Maya
  • Memperuntukkan ruang dalam talian secara  persendirian di dalam platform tertentu   yang boleh digunakan oleh guru untuk menyokong/membantu pembelajaran pelajar.
  • Ia berdasarkan konsep 24/7
  • Merupakan sebuah suasana pembelajaran  yang sentiasa sibuk

Bilik Darjah Maya
       Bilik darjah maya merupakan suasana pembelajaran dihasilkan dalam suatu ruangan maya.
       Objektif bilik darjah maya ialah untuk memperbaiki capaian  pengalaman pembelajaran  kea rah masa hadapan
       Ia juga bertujuan  membolehkan  pelajar dan instruktor  mengambil bahagian dalam komuniti pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer peribadi.
       Bilik darjah maya juga dijangka mampu memperbaiki mutu  dan keberkesanan pendidikan menggunakan komputer untuk menyokong  proses pembelajaran kolaboratif
       Konsep bilik darjah maya mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap sistem pendidikan dan ia merupakan satu revolusi baru dunia mencari ilmu dan maklumat


Sesebuah bilik darjah Maya mungkin akan merangkumi :
  1. Aktiviti Bilik Darjah
  • Aktiviti pembelajaran individu atau kumpulan
  • Ruangan perbincangan, ruangan sembang dengan pelajar, ibu bapa dan tetamu
  • Kuiz  dan Soal selidik
  • Aktiviti kerja rumah dan pentaksiran dokumen
  • Talian sepenuh masa menerusi modul-modul kerja
  • Forum
  • Webquests, Hotlists, Scavenger Hunts
  1. Pengurusan Bilik Darjah
  • Maklumat penting kepada pelajar dan ibubapa
  • Kalendar dan jadual waktu
  • Markah pelajar, buku
  • Student homepage


Karekteristik Dalam Pendidikan Maya
Pendidikan secara maya merupakan pembelajaran secara talian menggunakan internet.  Penggunaan istilah pendidikan maya telah banyak digunakan dalam sistem pendidikan masa kini.
  1. Universiti Maya (Virtual University)
  2. Kursus Maya  (Virtual Courses)
  3. Program Maya (Virtual Program)

Kebanyakkan pembelajaran maya berasaskan teks menggunakan dokumen HTML,Power point ataupun PDF.
Hari ini pembelajaran maya boleh dijalankan dalam pelbagai mod:
         Bilik Darjah Maya
         Kursus Hypertext
         Kursus berasaskan video
         Kursus berasaskan audio
         Kursus animasi
         Kursus buku teks berasaskan web
         Kursus rakan sebaya


Kebanyakkan program pembelajaran maya menggunakan platform e-learning untuk  memantau pelajar dan kursus serta menyediakann bahan pembelajaran.
Antara platforms yang digunakan ialah seperti:
         Blackboard
         WebCT
         Moodle
         JoomlaLMS
         LMS
         SharePointLMS
         Tadaros
         Elluminate Live
         Wimba Live Classroom
  Adobe Connect

No comments:

Post a Comment